Tuesday, July 26, 2011

"Life is a Journey" Part 1 : KELAHIRANKU

Tercipta sebuah ceritera cinta takala 2 hati menjadi satu, 2 jiwa teguh berpadu, 2 jasad kini satu dan kini 2 dunia membuka mataku. Saat seorg lelaki (ayahku) dan perempuan (ibuku) sah diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan seterusnya diraikan dalam majlis gilang gemilang iaitu persandingan, langsung kedua2 keluarga bahgia sentiasa sehinggalah menjelang tanggal 25 Januari 1987, di hening pagi, kebahgiaan pasangan ini semakin utuh dan kukuh takala mendengar tangisan nyaring seorg bayi lelaki yg telah dilahirkan dengan selamat dan sempurna sifatnya. Titisan air jernih mengalir dari kelopak mata seorg ibu, walaupun penat menyabung nyawa demi memberi peluang untuk aku merasai nikmatnya dunia akhirnya dia tersenyum bahgia melihat bayi lelaki kecil seberat 3.2 kg kini berada dipelukkan. "Ya tuhan alangkah indah duniamu, engkau berikan anugerah yg paling indah..biarpun kesakitan yg kurasa amat bisa tp inilah nikmatnya, cahaya mata hasil cinta kami berdua". itulah ungkapan yg lahir dr bibir seorg ibu....

Bayi comel dibedung rapi, lalu langkah ke2 dilaksanakan ayah...seruan azan kini berkumandang di telinga kecilku....Allah'huakbar, Allah'huakbar....Aku dapat rasakan hembusan nafaz panas yg keluar dari bibir ayah...ya tuhan kini aku bergelar seorg muslim!, aku anak ayah dan ibu dan aku lah penyambung keturunan keluargaku...saat itu betapa bahgianya ayah, dialah insan yg paling bahgia bila aku dilahirkan kedunia ini...."adik abah janji, abah akan jaga adik baik2, abah akan didik adik jadi manusia yg paling mulia dan berjaya di dunia dan akhirat. Adik ingat yer pesan abah pasni adik membesarlah sebagai seorang anak yg soleh dan sentiasa memberi senyuman dan kebahgiaan kepada keluarga yer sayang"...lalu bibir ayah kini rapat didahi kecilku.

Setelah semua selesai...kini saat melangkah pulang ke kampung halaman, dan buat kali pertama selepas dilahirkan aku melihat betapa indahnya teratak yg bakal menjadi tempat berlindung kami sekeluarga...disinilah ibu dan ayah aku dibentuk, disinilah aku membesar dalam kandungan ibu selama 9 bulan dan disinilah aku bakal dibesarkan. "ibu apa kita nak bagi nama kat anak kita ni"? tanya ayah....setelah diteliti dan berbincang ibu dan ayah dengan senang hati memilih "FAIZAL" sebagai nama yg paling sesuai untukku....ya Allah kini hidupku sudah lengkap, aku memiliki ayah dan ibu, aku memiliki tempat tinggal dan kini aku sudah memiliki identiti iaitu nama yg bakal ku bawak hingga saat aku menghembuskan nafas terakhir kelak.

Hari-hariku dibesarkan dengan bekalan air susu dr tubuh ibu, darah yg mengalir dan tumbesaran tubuhku adalah hasil bantuan drpd susu ibu...ibu dengan ikhlas memberikan susu kepadaku walau dalam keadaan apa pun, saat susah, sibuk mahupun sakit. ibu terima kasih kerna sentiasa berada disisi sy walau dalam keadaan apa sekalipun....

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan bergantin bulan dan akhirnya tahun berganti tahun.....dan pada suatu hari sekali lagi ibu menitiskan air mata apabila mendengar aku melafazkan satu perkataan iaitu "mak"!!!, gembira bukan kepalang apabila anak yg dibelai kini sudah bisa berkata2 dan perkataan pertama yg lahir dr bibir aku adalah mak. Itulah saat2 kelahiran ku yg menjadi sejarah dalam kehidupan sebagai seorang anak dan insan, alhamdulilah berkat kesabaran, didikan dan pelajaran yg diberikan kepadaku oleh ibu bapa ku, kini aku membesar dal;am keadaan yg sanggat sempurna. Syukur Ya Allah, aku berbangga kerana dilahirkan sebagai seorg anak kepada ROSLI B OMAR dan RONI BT KASSIM....Mak abah terima kasih kerana melahirkan sy kedunia ini dan mendidik sebagai sehingga sampai ke tahap ini. Tiada kata2 lain selain mak dan abah lah PERMATA HATIku!.

EZAL EZLIZAN "Life is a Journey"

Askum and hai guys....akhirnya dapat gak ezal mulakan kembali coretan kisah hati, kisah jiwa tentang perjalanan hidup insan yg dinamakan ezal ezlizan.....munkin pada sesiapa yg belum mengenali ezal ezlizan, pasti blog ini dapat membantu anda mengenali insan kudus ini..blog ini dicipta sekadar ingin berkongsi kisah hidup, suka dan duka malah memaparkan setiap perjalanan dan detik2 kehidupan ezal setelah bergelar insan@manusia......malah blog ini juga ezal cipta bg berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua....ini bukan permainan hidup tp ini perjalanan kehidupan yg harus ditempuhi sebagai EZAL EZLIZAN.....apa yg ezal harapkan, anda semua gembira dan dapat menerima blog ezal sekaligus dapat menjadikan kisah hidup / perjalanan hidup ezal sebagai pedoman malah sekira ada unsur2 nasihat atau informasi gunalah sebaik munkin, tetapi andai kata terdapat kesilapan dan kekurangan ezal mohon ampun dan maaf...kerna semua kelemahan adalah dr ezal sendiri......Terimalah....EZAL EZLIZAN "Life is a Journey".